• Semasa

    Suspek kebakaran tahfiz bawah 18 tidak boleh dihukum mati – Kata Azalina Othman





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Suspek kebakaran tahfiz bawah 18 tidak boleh dihukum mati – Kata Azalina Othman - Semua suspek masih ditahan reman dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.


    Suspek kebakaran tahfiz bawah 18 tidak boleh dihukum mati – Kata Azalina Othman


    KUALA LUMPUR: Suspek bawah 18 tahun bagi kes 23 orang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Khamis lepas, tidak boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya mereka disabit bersalah dalam kes itu.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun.

    Bagaimanapun, katanya, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri.

    Di samping itu, Seksyen 94 akta yang sama, memberi kuasa kepada mahkamah memerintah supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan, katanya dalam kenyataan hari ini.

    Susulan insiden itu, 7 remaja berumur antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
    Menurut Azalina, ketika ini semua suspek masih ditahan reman dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

    Pada awal pagi Khamis lepas, 21 pelajar dan 2 guru yang bertugas sebagai warden di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut selepas terperangkap dalam kebakaran di asrama tingkat paling atas bangunan 3 tingkat berkenaan.

    Azalina berkata tiada individu boleh mengatasi undang-undang dan suspek berkenaan akan diadili mengikut undang-undang sedia ada.

    Beliau berharap insiden berkenaan dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa dalam membendung kes jenayah melibatkan kanak-kanak.

    Menteri itu turut meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

    “Saya percaya kes ini akan diadili sebaik mungkin setelah dibawa ke mahkamah nanti,” katanya.

    Sumber: FMT

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad