• Semasa

    Seorang Lelaki Ditahan Mencuri Seluar Dalam Wanita Untuk Diberikan Kepada Kekasih Hati..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Orang zaman sekarang semakin pelik cara dan kelakuannya. Apa yang seronoknya apabila seluar dalam pun ingin dicurinya. Apa yang nak dibuat dengan benda sebegitu? Walau bagaimanapun, alasan yang diberikan apabila ditanya mengapa berbuat demikian amat mengejutkan.


    Menurut laporan dari Coconuts dan TNews, seorang lelaki warga Thai didakwa telah mencuri seluar dalam wanita yang dikatakan sedang dijemur di bawah cahaya matahari berhampiran sebuah hospital di daerah Udon Thani.

    Seorang lelaki yang dikenali sebagai Narin Praserkaew, 38, telah ditahan oleh pengawal keselamatan di mana ketika itu lelaki terbabit sedang memegang empat helai seluar dalam jenis nylon yang dikatakan milik salah seorang pesakit di Hospital Udon Thani.



    Suspek dipercayai pernah bertugas di sebuah stesen minyak dua bulan lepas hidup melarat dan seringkali meminta makanan di hospital. Namun hari ini, nasibnya berubah setelah melihat seluar dalam pelbagai warna tersebut di ampaian sehingga membuatkannya teringatkan akan kekasih hatinya yang dipercayai berbangsa Laos.




    Disebabkan seluar dalam teman wanitanya itu berlubang, dia dikatakan telah mengambil risiko apabila mencuri beberapa helai pakaian tersebut untuk kekasih hatinya, supaya kekasih yang dicintainya itu boleh memakai pakaian dalam yang cantik dan indah.

    “Saya mencurinya untuk kekasih saya. Seluar dalamnya ada lubang di bahagian punggung,” kata Narin kepada pihak polis Thai.

    Walaupun begitu, Narin telah bersumpah yang dia tidak ada niat untuk melakukan perkara terkutuk dengan pakaian dalam yang dicurinya itu. Menurutnya dia elum pernah lagi melakukan perkara jenayah seperti ini.  

    Sumber: www.koleksiviral.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad