• Semasa

    Baby Amanda dah tiada ikut jejak mama .. hanya 40 hari bersama Papa (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Baby Amanda dah tiada ikut jejak mama .. hanya 40 hari bersama Papa (8 Gambar) - Johor Bahru : Sungguh besar dugaan buat lelaki yang bergelar suami dan ayah ini,Selepas 36 hari kehilangan isteri tercinta, seorang bekas pekerja stor reda apabila kehilangan anak sulungnya yang berusia 40 hari, kelmarin.

    Baby Amanda dah tiada ikut jejak mama .. hanya 40 hari bersama Papa (8 Gambar)


    Menceritakan kisah sedihnya, Ahmad Lufti Roslam, 26, berkata, dia dan isterinya, Noralina Basiron, 26, terlibat nahas jalan raya di Kilometer 7.5 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada 6 Julai lalu.
    Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi ketika mereka menunggang motosikal dari Flat Desa Melayu, Bakar Batu untuk menghantar isterinya ke tempat kerja di Taman Molek.

    “Ketika berada di laluan tengah, tiba-tiba sebuah motosikal melakukan pusingan U dan mengubah laluan ke lorong tengah sebelum bergesel dengan motosikal saya di sebelah kanan, mengakibatkan kami jatuh.


    “Akibatnya isteri yang sarat mengandung lapan bulan dan bekerja kerani tak sedarkan diri. Seorang saksi kejadian kemudian membawa kami ke Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.
    Ahmad Lufti berkata, bayi perempuan dalam kandungan isterinya dapat diselamatkan menerusi pembedahan.

    “Namun, isteri saya kritikal dan meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa. Walaupun bayi kami selamat, dia yang diberi nama Nur Amanda Sofia berada di bawah pemantauan doktor di HSI selama ini dan doktor juga menyatakan keadaan organnya lemah serta terdapat jangkitan kuman.
    “Nur Amanda Sofia juga bergantung kepada mesin oksigen untuk bernafas namun semalam (kelmarin) keadaannya didapati baik iaitu mampu bernafas sendiri,” katanya.

    Katanya yang patah tulang bahu kanan dan tulang rusuk kanan akibat kemalangan itu, dia gembira apabila akhirnya dapat mendukung zuriatnya itu buat pertama kali.
    “Bagaimanapun, kemudiannya saya dapat panggilan daripada doktor memberitahu bayi saya kembali kritikal.

    “Nur Amanda Sofia disahkan meninggal dunia pada 8.05 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Mount Austin,” katanya.

    Meskipun reda dengan ujian terhadapnya, beliau tetap kesal penunggang motosikal yang didakwa menyebabkan keluarganya kemalangan gagal tampil untuk meminta maaf.

    “Siapa tak sedih hilang isteri dan anak.

    “Saya kini diberhentikan kerja oleh majikan dan kini masih cari kerja sesuai,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Johor Bahru pada 11 Julai lalu.

    Semoga Ahmad Lutfi tabah dengan dugaan ini sekelip mata dia kehilangan dua-dua insan yang amat penting dalam hidup nya semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat. Al fatihah

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad