Punca Sebenar Kubur Adik Thaqif Amin Digali Semula

Punca Sebenar Kubur Adik Thaqif Amin Digali Semula

Punca Sebenar Kubur Adik Thaqif Amin Digali SemulaJohor Bharu: Kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, yang meninggal dunia bulan lalu digali semula tengah hari tadi, lapor Astro Awani.

Menurut portal berkenaan, tindakan itu dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Perkara itu disaksikan oleh bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai kira-kira pukul dua petang tadi.

Menurut Astro Awani lagi, Mas Ariff ketika dihubungi berkata pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.

Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Sementara itu, berita tentang penggalian semula kubur Mohamad Thaqif mual mendapat perhatian ramai apabila dimuat naik oleh portal Mingguan Wanita sebentar tadi.

Berita itu juga turut disahkan oleh beberapa waris terdekat Allahyarham di Facebook.

Sumber: Astro Awani

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Punca Sebenar Kubur Adik Thaqif Amin Digali Semula"