• Semasa

    Cili Ini Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Cili Ini Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian
    Cili Ini Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan KematianCili yang digelar ‘Dragon’s Breath’ (Nafas Naga) telah diperakui adalah cili yang terpedas di dunia dan rasa kepedasan cili itu dipercayai akan menyebabkan kematian.
    Memetik laporan Mirror, seorang chef yang bertanggungjawab menghasilkan cili yang paling pedas itu, Mike Smith, 53, dari Wales Utara telah menanam sayur dan cili tersebut semenjak 7 tahun lalu.
    Cili Ini Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian
    Cili yang amat pedas itu dihasilkan kerana untuk digunakan dalam perubatan dan rawatan sebagai ubat bius atau bahan anestetik kerana minyak yang terhasil dari cili tersebut dikatakan boleh mengebaskan kulit manusia.
    Kepedasan cili berkenaan juga boleh menjadikan kejutan anafilaksis dengan melecurkan saluran pernafasan atau udara si pemakannya sekaligus menyebabkan saluran berkenaan akan tertutup.
    Cili itu juga dipercayai lebih pedas daripada semburan lada yang digunapakai oleh tentera Amerika Syarikat.
    Cili Ini Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian
    Menurut Smith, kegunaan cili itu sebenarnya untuk merawat pesakit yang alah kepada ubat bius dan minyak cili ini juga sangat berguna kepada negara-negara yang sedang membangun, di mana akses kepada bahan anestetik adalah sangat terhad disebabkan masalah kewangan, katanya.
    Cili Ini Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian
    Menurut Smith lagi, cili Nafas Naga sangat kuat dan ia harus disimpan di dalam bekas khas yang tertutup. Ia juga akan dipamerkan di Chelsea Flower Show di antara 23 sehingga 27 Mei nanti, katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad