• Semasa

    SAYU !! Kemalangan Ngeri Baru Berlaku Di RNR Seremban Sebentar Tadi, Mangsa MAUT Parah Dikepala & Badan (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Kemalangan Ngeri Baru Berlaku Di RNR Seremban Sebentar Tadi, Mangsa MAUT Parah Dikepala & Badan (8 Gambar) - Kuala Lumpur, 24 April - Satu kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 271.7 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara meragut nyawa seorang kanak-kanak.

    Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan rawat dan rehat Seremban kira-kira jam 7 malam tadi.



    Beberapa foto kejadian memaparkan sebuah kereta jenis Honda penyek teruk akibat kemalangan itu.

    BH Online berkata, mereka difahamkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

    Dua lagi kanak-kanak dipercayai adiknya serta ibu dan bapanya, pula parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan.

    Sumber berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki lima beranak itu dirempuh dari belakang oleh sebuah bas.

     Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

    Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

    Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online
     Selain itu turut dimuat naik gambar sebuah bas dan juga sebuah kereta lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

    Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

    Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online


    Foto: Twitter

    Beberapa foto lain kejadian yang dimuat naik memaparkan orang awam membantu mangsa yang tersepit selain keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

    Bagaimanapun, gambar-gambar terbabit tidak dimuat naik di dalam artikel ini bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad