• Semasa

    SAYU !! Ibu, anak maut nahas di LPT2





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Ibu, anak maut nahas di LPT2 - CHUKAI: Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 264.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Perasing, di sini, tengah hari tadi.

    SAYU !! Ibu, anak maut nahas di LPT2

    Mangsa, Fatimah Al Zahrah Zainol Abidin, 32, dan anaknya, Al Fateh Mohd Shahrulnizam, maut di tempat kejadian dalam kemalangan itu jam 1.15 tengah hari.


    SAYU !! Ibu, anak maut nahas di LPT2


    Suami mangsa, Mohd Shahrulnizam Alias, 32, yang memandu kereta Proton Saga cedera ringan manakala seorang lagi anak mereka, Al Faris Mohd Shahrulnizam, enam tahun patah peha dan kaki kiri.

    Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Shahrulnizam dari arah Kuala Terengganu terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

    Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

    Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

    "Mayat kedua-dua beranak itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya. - www.bharian.com.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad