Benjy tak serik dia mungkin digantung.. saya tak akan jenguk dia saya kini uzur akibat angin ahmar - Luahan Bapa (5 Gambar)

Benjy tak serik dia mungkin digantung.. saya tak akan jenguk dia saya kini uzur akibat angin ahmar - Luahan Bapa (5 Gambar)

Benjy tak serik dia mungkin digantung.. saya tak akan jenguk dia saya kini uzur akibat angin ahmar - Luahan Bapa (5 Gambar)Sayu luahan bapa kepada Benjy anak kepada arwah Azian Irdawati, Khairil Anwar bapa kepada Benjy kini sedang uzur akibat angin ahmar.

Benjy memang tidak serik dengan apa yang berlaku kepada nya sebelum ini, dia mungkin akan digantung jika terbukti bersalah, saya amat sedih dengan apa yang berlaku.


Benjy tak serik dia mungkin digantung.. saya tak akan jenguk dia saya kini uzur akibat angin ahmar - Luahan Bapa (5 Gambar)


Ini luahan nya ke pada akhbar BH Online Bapa kepada pelakon Benjy yang ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia, Khairil Anwar ZM Rashidi, berkata hanya mengetahui mengenai berita tersebut selepas dihubungi media.


Khairil Anwar, 65, atau Karl ketika diminta mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, berkata, tiada apa yang boleh dijelaskan lagi.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media.
"Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat," katanya.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes terbabit.

Difahamkan, Khairil Anwar, kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?," katanya.

Benjy atau nama penuhnya, Khaeryl Benjamin, 38, ditahan di lapangan terbang Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram di negara itu.

Ketika penangkapan dibuat, pelakon itu menyembunyikan dadah seberat 14 gram di dalam duburnya.

Berita itu disahkan oleh Ketua Jabatan Kastam Kualanamu, Zaky Firmansayah.

"Pelaku bernama Khaeryl atau Benjy (38). Dia pelakon di Malaysia dan menjadi artis sejak muda. 

"Ibunya seorang artis ternama di Malaysia," katanya kepada media tempatan.

Tambah Zaky, kedatangan Benjy ke Medan untuk mencari deejay.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak kami menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam dubur.


"Tertuduh boleh dikenakan hukuman mati kerana menjadi pengedar syabu namun kes itu masih disiasat," katanya.


Benjy kini ditahan oleh pihak berkuasa Ditresnarkoba Polda Sumut.

Artikel Menarik

loading...
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Benjy tak serik dia mungkin digantung.. saya tak akan jenguk dia saya kini uzur akibat angin ahmar - Luahan Bapa (5 Gambar)"