• Semasa

    AWAS !! Gigi Tumbuh Dua Baris, Ini Kesilapan Ibu Bapa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    AWAS !! Gigi Tumbuh Dua Baris, Ini Kesilapan Ibu Bapa

    AWAS !! Gigi Tumbuh Dua Baris, Ini Kesilapan Ibu BapaBiasanya anak kecil sudah mula berganti gigi ketika menginjak usia 6 tahun, namun gigi anak lelaki seorang ibu ini pula tidak berubah sehingga dia berusia 8 tahun. Ketika sudah mula menunjukkan pergantian gigi, giginya tumbuh menjadi dua baris!

    Ini disebabkan kerana gigi susunya tidak gugur, gigi tetapnya pula sudah tumbuh. Keadaan gigi kanak-kanak ini semakin teruk, sehingga akhirnya si ibu pun membawa anaknya ke doktor gigi.


    AWAS !! Gigi Tumbuh Dua Baris, Ini Kesilapan Ibu Bapa


    Melihat keadaan gigi seperti ini, si doktor pun berkata, “Keadaan seperti ini biasa terjadi disebabkan kerana kelalaian ibu bapa!”

    Doktor menyarankan, ibu bapa perlu tahu masa-masa pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Ketika si anak sudah memasuki usia penggantian gigi, seharusnya ibu bapa memberi anak makan makanan yang lebih berserat, keras dan kasar, seperti kekacang. Ini diperlukan untuk membuat gigi susu ‘goyang’ dan gugur tepat waktu.

    Anak yang cenderung mengambil makanan manis dan terlalu lembut, akan lebih jarang mengunyah sehingga gigi susu tumbuh kuat. Gigi susu yang tidak gugur boleh mengakibatkan geseran dan pertumbuhan gigi kekal pada tempat yang tidak sepatutnya, dan jadilah gigi ‘dua baris’. Gigi yang tumbuh tidak normal seperti ini tentunya boleh menyebabkan bentuk rahang menjadi tidak simetri dan menurunkan fungsi gigi.

    Para ibu bapa sekalian, kongsikan artikel penting ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. Semoga bermanfaat.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad