• Semasa

    Pemandu Lori Terkulai Dipukul dan Disepak 12 Kali





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Pemandu Lori Terkulai Dipukul dan Disepak 12 Kali | GOMBAK, SELANGOR - Video rakaman seorang lelaki dipercayai pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki, viral di media sosial. 

    Video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan mangsa dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki berbaju hijau dan kepalanya disepak 12 kali sehingga terkulai layu. 

    Seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa juga turut disepak. namun berjaya melarikan diri dari kawasan kejadian di Atheneum Peak, Bukit Antarabangsa.

    Pemandu Lori Terkulai Dipukul dan Disepak 12 Kali


    Menurut laman Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian tersebut berlaku pada 14 Januari lalu dan mangsa dibelasah oleh pengawal peribadi seorang lelaki berpangkat datuk kerana tergesel kereta milik orang kenamaan berkenaan. 


    Footage rakaman kejadian seorang pemandu lori dibelasah. Mengikut maklumat saksi kejadian,kes berlaku pada 14hb Januari 2017 di Atheneum Peak,Bukit Antarabangsa. Maklumat mengatakan driver lori tersebut dipukul oleh pengawal peribadi seorang berpangkat Datuk kerana tergesel kereta milik Datuk tersebut. #Inforoadblock
    Posted by Info Roadblock Jpj/polis on Wednesday, 18 January 2017

    Sementara itu di media sosial, netizen mendesak pihak polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat.

    Terdahulu seorang lelaki berpangkat 'Datuk' menyerang seorang pengawal keselamatan dengan alat pemotong besi di sebuah kondominium kerana berang tayar kenderaannya dikunci. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad