• Semasa

    "Terima Kasih Kerana Larikan Diri Tanpa Belas Kasihan"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "Terima Kasih Kerana Larikan Diri Tanpa Belas Kasihan". KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera dan sikunya pecah setelah motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh seorang pemandu wanita, semalam. 

    Dalam kejadian lebih kurang jam 8.45 pagi di Lorong Enggang 5, Au Keramat, mangsa, Fariq Nasir yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dilanggar kereta Perodua Kelisa berwarna kelabu, sehingga melambung dan jatuh terhentak di penghadang jalan, manakala motosikalnya terperosok di bawah kereta Toyota Hilux di depannya. 

    Bagaimanapun, pemandu wanita berkenaan terus melarikan diri dari tempat kejadian meskipun disuruh berhenti. 

    Mangsa telah dihantar Hospital Gleanagles untuk rawatan. 

    Mangsa mengalami kecederaan di seluruh badan, bengkak di dahi dan sikunya pecah serta berlubang, menyebabkannya terpaksa dibedah untuk membuang serpihan tulang yang hancur di bahagian siku.

    Difahamkan mangsa akan dipindahkan ke Mahkota Medical Centre, Melaka untuk rawatan lanjut. 

    Justeru, adik mangsa, Zeti Iwani Abdull Manaf, meminta pemandu wanita berkenaan tampil untuk memberi penjelasan mengenai kejadian tersebut. 

    Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian langgar lari itu. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad