• Semasa

    'Kenapa Kau Tak Pakai Tudung? Kau Kafir Takde Agama?' - Murid Tahun 2 Terkilan Dituduh Sebagai Kafir





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Foto Hiasan Sahaja - Google Images 

    Semalam, adik saya pulang dari sekolah dalam keadaan tiada mood. Malah, dia tidak mahu makan dan bercakap dengan sesiapa walaupun teddy kesayangannya, Miko. 

    Mandi pun tak nak, tetapi dia mandi juga akhirnya selepas dipaksa oleh ayah. Bila mak suruh makan, dia menolak. Katanya, tak ada selera. 

    Jadi, dia duduk dalam bilik dan buat hal sendiri. Kemas buku, buat kerja rumah segala. Tetapi dia masih enggan bercakap dengan kami semua. Layan pun macam nak tak nak sahaja. 

    Lebih mengejutkan, dia juga enggan bercakap dengan saya seperti kebiasaan di mana dia berkongsi cerita segala hal yang berlaku di sekolah dengan saya. Dari hal sekecil-kecil seperti kawannya terpijak belalang sampai mati dan dia benci kawan dia bagai dan bercakap tak henti. 

    Namun berbeza semalam bila dia banyak mendiamkan diri. Jadi, mak, ayah dah saya berdepan dengan dia dan bertanya kenapa dia enggan bercakap dengan kami semua. 

    Tiba-tiba dia menangis tersedu sedan. Kami terkejut, panik dan takut. 

    Bila dia berhenti menangis, dia beritahu kami apa yang berlaku di sekolah yang membuatkan dia berperangai dingin seperti itu terhadap kami. 

    Rupa-rupanya ada rakan sekelas dia yang menggelar dia kafir dan tiada agama semasa kelas hanya kerana dia tidak memakai tudung seperti mereka dan kerana dia agak pendiam. 

    "Kenapa kau tak pakai tudung ha orang kafir kau tak ada agama ke?" kata kawannya yang berterusan menggelar dia kafir, kafir, kafir dan kafir. 

    Jadi, sudah tentulah adik saya marah dan menyoal mereka semula. 

    "Kenapa kau cakap aku kafir? Aku orang Islam lah!" jawab adik.

    "Sebab ayah aku cakap, orang kafir saja tak pakai tudung ni. Orang Islam pakai tudung," jawapan rakan sekelas membuatkan adik saya marah dan berlalu pergi dari mereka. 

    Ibu bapa kanak-kanak terbabit memberikan persepsi yang salah mengenai pemakaian tudung dan sesuka hati mereka saja mengajar anak mereka begitu. Di mana kebijaksanaan anda sebagai ibu bapa? 

    Dia baru saja berusia 8 tahun dan dia sudah khatam Quran sekali serta dalam proses untuk menghafal yasin. Saya rasa dia lebih bagus dari anak awak. Memakai tudung atau tidak, itu tidak menjadikan dia atau orang lain sebagai kafir. Tolong ajar anak awak dengan betul dan jangan sewenang-wenangnya berkata seperti itu. 

    Dia tidak dapat pakai tudung lagi sebab dia akan mengalami radang kulit di sekitar lehernya kerana kepanasan dan dia tidak mampu menahannya serta dia baru saja berumur 8 tahun. 

    Saya merayu, tolong ajar anak awak dengan betul dan jangan semudah itu melabelkan orang lain sebagai kafir hanya kerana dia tidak memakai tudung. Tak betul okay. - Smol @aaainiiin | PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad